Sunday, 25 May 2014

Perkongsian Pintar Perlaksanaan Frog VLE SMK Sultan Badlishah

Pada Khamis 22 Mei 2014, wakil Pengetua dan guru-guru Champion School SMK Datuk Syed Ahmad, Kuala Nerang telah mengadakan lawatan belajar ke Champion School SMK Sultan Badlishah. Tujuan lawatan ialah untuk mempelajari perlaksanaan Frog VLE di SMK Sultan Badlishah yang merupakan antara sekolah terkehadapan dalam penggunaan Frog VLE secara menyeluruh di negeri Kedah. Turut hadir, Pengetua dari SMK Padang Terap atas jemputan dari SMK Datuk Syed Ahmad.

Program ini adalah hasil cetusan idea Puan Hjh Siti Arpah iaitu Pengetua SMK Datuk Syed Ahmad yang teruja melihat pembentangan amalan terbaik SMK Sultan Badlishah yang dibentang oleh Pengetuanya iaitu Pn Ommi Kalsom di Hari Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar di KUIN Kuala Ketil pada Februaro 2014 lalu.

Dua orang guru dari SMK Sultan Badlishah, Cikgu Nor Elhidayah dan Cikgu Raziah telah sudi membentangkan penggunaan Frog VLE di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka.

(Kredit foto : SMK Sultan Badlishah dan En Mohammad Fitri)

4 orang wakil tuan rumah SMK Sultan Badlishah, 8 orang dari SMK Datuk Syed Ahmad, seorang wakil dari SMK Padang Terap dan seorang wakil FrogAsia. 

Ibarat sesi 'Meet, Share and Learn' yang sering dianjurkan oleh FrogAsia, namun program ini anjuran sekolah ini sendiri.

Penyelaras VLE SMK Sultan Badlishah, Cikgu Zamzuri menyampaikan pembentangan dari tuan rumah.

Pengetua SMK Datuk Syed Ahmad, Puan Hjh Siti Arpah menyampaikan ucapan terima kasih dan tujuan lawatan.

Cikgu Nor Elhidayah dari SMK Sultan Badlishah membentangkan amalan terbaik dan hasil kerja beliau menggunakan Frog VLE dalam PdP. Beliau mengajar Prinsip Akaun dan Matematik.

Guru Bahasa Melayu SMK Sultan Badlishah, Cikgu Raziah membentangkan penggunaan Frog VLE dalam PdP serta hasil kursus Guru Cemerlang melalui Frog VLE.


Implementation Consultant dari FrogAsia, En Mohammad Fitri menjawab soalan-soalan dari peserta, khususnya dari Pengetua SMK Padang Terap.

No comments:

Post a Comment