Thursday, 26 June 2014

Blog Sekolah Champion Kedah dinyatakan dalam Frog Community Site

Blog ini semakin mendapat perhatian ramai apabila acara pelancaran blog ini dinayatakan di dalam Frog Community Site oleh FrogAsia. Frog Community Site ialah portal yang mengumpulkan kisah dan sumber perlaksanaan Frog VLE oleh guru-guru dan sekolah di seluruh negara.



Semoga blog ini akan terus memberikan manfaat kepada semua. Ia tidak terhad kepada Champion School sahaja tetapi untuk semua sekolah di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dari segi penggunaan Frog VLE di sekolah melalui program 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Monday, 2 June 2014

Leaps of Knowledge FrogAsia semakin dekat... di Pulau Pinang pada 30 Jun 2014

Syarikat pembekal Frog VLE, FrogAsia Sdn Bhd semakin dikenali, khususnya melalui konferen motivasi pendidikan yang bernama Leaps of Knowledge. Sejak Ogos 2013, FrogAsia telah menganjurkan tiga siri program Leaps of Knowledge, bermula dengan konferen yang membawakan Nick Vujicic, seorang warga motivator dari Australia yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Terkini, FrogAsia membawakan Professor Dr Sugata Mitra, pakar teknologi pendidikan dari UK pada Disember 2013. Namun semua konferen ini diadakan di Kuala Lumpur. Mungkin agak jauh bagi ramai guru dan pelajar dari Kedah.

Berita baik, pada 30 Jun 2014, FrogAsia akan membawakan seorang atlit yang bermisi besar, Julia Immonen akan hadir untuk memberi inspirasi kepada guru dan pelajar di PULAU PINANG... lebih dekat dengan Kedah berbangding Kuala Lumpur.

Anda boleh baca tentang Julia Immonen di sini. Jom cepat daftar di sini. Selain itu, ini juga peluang anda bertemu dengan warga FrogAsia dan YTL.




Sunday, 25 May 2014

Jom calonkan guru untuk Frog Teacher Awards 2014

YTL melalui FrogAsia telah membuka pencalonan untuk Frog Teacher Awards 2014. Ada lapan kategori... jom cikgu-cikgu kita pakat rekemen diri sendiri atau rakan-rakan guru yang selama ini aktif berFrog VLE.





Pelancaran Blog Sekolah Champion Kedah di SMK Sultan Badlishah

Pada Khamis 22 April 2014 blog Sekolah Champion Kedah telah dilancarkan bersama oleh Pengetua SMK Datuk Syed Ahmad, Puan Hjh Siti Arlah dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Tn Zainol Abidin. Majlis diadakan sempena program Perkongsian Pintar Frog VLE oleh SMK Sultan Badlishah bersama SMK Datuk Ahmad dan SMK Padang Terap. Pengasas blog, En Mohammad Fitri dari FrogAsia turut hadir.

Blog ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik penggunaan Frog VLE dan Google Education Apps di dalam pendidikan khususnya bagi sekolah-sekolah di negeri Kedah Darul Aman dan negeri-negeri sekitarnya.

Semoga blog ini akan terus maju. Blog ini bukan milik FrogAsia atau En Mohammad Fitri, ia adalah milik bersama sekolah dan guru yang aktif ber Frog VLE di negeri Kedah. Sekiranya anda berminat untuk menyumbang, sila email ke Mohammad Fitri maklumat anda dan artikel atau foto. Terima kasih

(kredit foto : SMK Sultan Badlishah)

Pengetua SMK Datuk Syed Ahmad, Pn Hjh Siti Arpah melancarkan blog Sekolah Champion Kedah

Kini giliran Tn Zainol, PK Ko-K SMK Sultan Badlishah melancarkan blog

En Mohammad Fitri memberi penerangan berkenaan fungsi dan tujuan blog ini.

Pemenang Amalan Terbaik Frog VLE 2013 : Cikgu Faridah dari SMK Sungai Layar, Sungai Petani

Kita berbangga kerana pemenang Frog VLE Best Practices Contest 2013 dimenangi oleh seorang guru dari negeri Kedah. Beliau ialah guru Matematik dari Champion School SMK Sungai Layar. Baca kisah beliau di link di bawah ini. Tahniah Cikgu Faridah... and enjoy your Chromebook :-)

Perkongsian Pintar Perlaksanaan Frog VLE SMK Sultan Badlishah

Pada Khamis 22 Mei 2014, wakil Pengetua dan guru-guru Champion School SMK Datuk Syed Ahmad, Kuala Nerang telah mengadakan lawatan belajar ke Champion School SMK Sultan Badlishah. Tujuan lawatan ialah untuk mempelajari perlaksanaan Frog VLE di SMK Sultan Badlishah yang merupakan antara sekolah terkehadapan dalam penggunaan Frog VLE secara menyeluruh di negeri Kedah. Turut hadir, Pengetua dari SMK Padang Terap atas jemputan dari SMK Datuk Syed Ahmad.

Program ini adalah hasil cetusan idea Puan Hjh Siti Arpah iaitu Pengetua SMK Datuk Syed Ahmad yang teruja melihat pembentangan amalan terbaik SMK Sultan Badlishah yang dibentang oleh Pengetuanya iaitu Pn Ommi Kalsom di Hari Profesionalisme Pengetua dan Guru Besar di KUIN Kuala Ketil pada Februaro 2014 lalu.

Dua orang guru dari SMK Sultan Badlishah, Cikgu Nor Elhidayah dan Cikgu Raziah telah sudi membentangkan penggunaan Frog VLE di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka.

(Kredit foto : SMK Sultan Badlishah dan En Mohammad Fitri)

4 orang wakil tuan rumah SMK Sultan Badlishah, 8 orang dari SMK Datuk Syed Ahmad, seorang wakil dari SMK Padang Terap dan seorang wakil FrogAsia. 

Ibarat sesi 'Meet, Share and Learn' yang sering dianjurkan oleh FrogAsia, namun program ini anjuran sekolah ini sendiri.

Penyelaras VLE SMK Sultan Badlishah, Cikgu Zamzuri menyampaikan pembentangan dari tuan rumah.

Pengetua SMK Datuk Syed Ahmad, Puan Hjh Siti Arpah menyampaikan ucapan terima kasih dan tujuan lawatan.

Cikgu Nor Elhidayah dari SMK Sultan Badlishah membentangkan amalan terbaik dan hasil kerja beliau menggunakan Frog VLE dalam PdP. Beliau mengajar Prinsip Akaun dan Matematik.

Guru Bahasa Melayu SMK Sultan Badlishah, Cikgu Raziah membentangkan penggunaan Frog VLE dalam PdP serta hasil kursus Guru Cemerlang melalui Frog VLE.


Implementation Consultant dari FrogAsia, En Mohammad Fitri menjawab soalan-soalan dari peserta, khususnya dari Pengetua SMK Padang Terap.

Wednesday, 21 May 2014

School dashboard VLE Frog SMK Datuk Syed Ahmad, Kuala Nerang

Apakah yang terdapat pada school dashboard SMK Datuk Syed Ahmad (SMKDSA), Kuala Nerang? Jom kita tengok di bawah ini...

Tema "top secret file" menjadi pilihan. Tema ini simple tapi berkesan.

Visi dan misi sekolah dimasukkan menggunakan widget media 

Diikuti oleh forum sekolah. Belum ada sambutan menggalakkan tapi tunggulah... tak lama lagi ramailah...

Foto kursus VLE Frog dimuatkan... Happy saja semua berfrog!!!

Turun ke bawah lagi, maka layout dah mula terbahagi kepada tiga. Tu gambaq Pengetua, Puan Siti Arpah.

Poster-poster yang dimasukkan menambah keceriaan

Susunan yang ketiga menjadi pilihan layout school dashboard SMKDSA.
Kesimpulannya ialah school dashboard SMKDSA menjadi ceria dengan berbagai poster dimasukkan menggunakan widget media. Teruskan usaha ini kepada Penyelaras VLE SMKDSA iaitu Cikgu Asri dan Cikgu Diyana.

En Fitri Shukri bersama Penyelaras VLE SMKDSA, Cikgu Asri dan Cikgu Diyana
Cikgu Asri tekun membina Sites
Cikgu Diyana melayari blog Puan Roiamah Basri
En Fitri Shukri bersama Puan Siti Arpah di pejabat Pengetua